Thursday, March 24, 2011

PENTING : KO-INSURANS/KO-TAKAFUL...YG PERLU ANDA TAHU!



Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.

Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.

Dan tahukah anda... bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah syarat dari Bank Negara Malaysia. Pada awal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!

Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful, pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital, lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenalan rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!

Bagaimanapun, bagi pelanggan-pelanggan Prudential yang mengambil pelan yang tiada ko-insurans dahulu, polisi mereka masih valid tanpa ko-insurans. Ini disebabkan Terma dan Syarat-Syarat di dalam polisi yang lama tidak berubah.

Okay, mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan:

Kes 1 : Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM4,000.00
Ko-Takaful = RM400.00
Hospital Benefit = RM1,000
Nota : Untuk kes 1 di atas Si A akan mendapat cheque bernilai RM1,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Cheque ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Kes 2 : Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM 1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM20,000.00
Ko-Takaful = RM1,000.00
Hospital Benefit = RM2,000.00

Nota : Untuk kes 2 di atas Si B akan mendapat check bernilai RM2,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Check ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi status kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.

Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital tetapi biar polisi anda yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda.

Ya, biar polisi Prudential BSN Takaful Berhad yang tanggung kosnya!!

Wednesday, March 9, 2011

ADAKAH ANDA DILINDUNGI?




Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.


Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka? 





 
Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?
  
Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.
 
 
Sebelum anda membeli polisi insurans atau pelan takaful selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza.

Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat hidup anda. Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.
 
 
Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans hayat dan pelan takaful keluarga dapat menjamin daripada segi kewangan dan boleh memberi mereka perlindungan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan setelah anda tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.
 
 
Kecederaan boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran. Rawatan yang tepat dan cepat merupakan antara cara yang terbaik untuk memastikan kecederaan atau penyakit yang dialami tidak memudaratkan. Dengan kos perubatan moden yang semakin meningkat, mendapatkan rawatan yang boleh menyelamatkan nyawa tidak harus bergantung kepada simpanan atau wang tunai anda semata-mata. Pastikan kos rawatan dan perubatan anda tidak menjadi masalah ketika anda memerlukannya dengan insurans perubatan dan kesihatan atautakaful perubatan dan kesihatan.

Artikel dipetik dari 
http://www.insuranceinfo.com.my.