Thursday, March 24, 2011

PENTING : KO-INSURANS/KO-TAKAFUL...YG PERLU ANDA TAHU!



Ko-Takaful atau Ko-Insurans ialah perkongsian pembayaran untuk kos-kos hospital. Dari pelan PruBSN pelanggan akan menanggung sebahagian dari kos hospital yang dikenakan. Walau bagaimanapun ianya tertakluk pada jumlah 10% atau minimum RM300 dan maksimum RM1,000 sahaja.

Tahukah anda bahawa SEMUA syarikat insurans/takaful di Malaysia yang ada perkhidmatan medical card mempunyai ko-takaful. Cuma cara bagaimana ko-takaful itu dikenakan ke atas pelanggan adalah berbeza-beza. Berhati-hati dengan penerangan dari ejen-ejen yang mengatakan bahawa medical card dari syarikat mereka tidak mempunyai ko-takaful.

Dan tahukah anda... bahawa Prudential lah syarikat insurans di Malaysia yang pertama menyediakan medical card yang tidak mempunyai ko-insurans. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak berlaku penyalahgunaan medical card itu sendiri maka diadakan ko-insurans. Ini adalah syarat dari Bank Negara Malaysia. Pada awal pelancaran medical card dulu, pelanggan tersebut tidak perlu membayar ko-insurans langsung!

Bayangkan sekiranya tidak ada ko-takaful, pelanggan itu boleh dengan sesuka hati pergi menginap di hospital, lebih-lebih lagi jika pelanggan tersebut kenalan rapat dengan doktor. Pelanggan yang selalu buat macam ni adalah pelanggan dari luar kawasan. Mereka menginap di hospital seolah-olah menginap di hotel!

Bagaimanapun, bagi pelanggan-pelanggan Prudential yang mengambil pelan yang tiada ko-insurans dahulu, polisi mereka masih valid tanpa ko-insurans. Ini disebabkan Terma dan Syarat-Syarat di dalam polisi yang lama tidak berubah.

Okay, mari kita lihat bagaimana ko-takaful dari PruBSN dikenakan ke atas pelanggan:

Kes 1 : Si A masuk wad 5 hari, kos hospital yang dikenakan RM 4,000.00. Si A perlu membayar dari kos hospital sebanyak 10% Ko-Takaful = RM400.00. Hospital Benefit untuk Si A sebanyak RM 200 X 5 hari = RM1,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si A keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM4,000.00
Ko-Takaful = RM400.00
Hospital Benefit = RM1,000
Nota : Untuk kes 1 di atas Si A akan mendapat cheque bernilai RM1,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Cheque ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Kes 2 : Si B masuk wad 10 hari, kos hospital yang dikenakan RM 20,000. Kalau ikut 10% dari RM 20,000.00 ialah RM 2,000.00 tetapi Si B hanya perlu membayar RM 1,000.00 sahaja sebab tertakluk pada kos maksimum RM 1,000.00. Hospital Benefit untuk Si B sebanyak RM 200 X 10 hari =RM 2,000.00 akan dibayar selepas 3 minggu Si B keluar dari hospital.
Kos Hospital = RM20,000.00
Ko-Takaful = RM1,000.00
Hospital Benefit = RM2,000.00

Nota : Untuk kes 2 di atas Si B akan mendapat check bernilai RM2,000.00 selepas antara 2 hingga 3 minggu keluar dari wad. Check ini adalah dari manfaat Hospital Benefit.

Di PruBSN, walaupun anda dikenakan ko-takaful tetapi kami ada cara untuk menyelamatkan wang anda. Dengan rider Hospital Benefit, anda masih boleh buat untung, walaupun Pelan Takafulink sebenarnya bukan untuk buat untung. Pelan Takafulink adalah untuk melindungi status kewangan anda dari kos-kos hospital yang semakin meningkat.

Oleh itu, jangan biarkan wang anda habis di hospital tetapi biar polisi anda yang tanggung kosnya!!!

Sekiranya Kes 1 dan Kes 2 di atas adalah kes kemalangan, Ko-Takaful tersebut boleh claim di bawah rider Accidental Medical Reimbursement ( AMR ). Ini bermakna sekiranya client tersebut kemalangan dan dimasukkan ke wad segala bil atau deposit yang telah dibayar kepada hospital boleh claim. Pastikan ejen anda memasukkan manfaat AMR ke dalam polisi anda.

Ya, biar polisi Prudential BSN Takaful Berhad yang tanggung kosnya!!

1 comments:

Mohd Fadil Mat Jirin aka FMJ said...

Nie cerita dr pengalaman saya, anak sy dimasukan ke hospital..deposit untuk pemegang kad prubsn adalah rm500.. Kelayakan bilik adalah rm150 ( biasanya penuh) jd telah upgrade ker rm180. Masuk wad cuma 1 hari. Apabila discharge saya cuma dapat rm60 sahaja drpa dep.rm500..elaun harian yg akan saya dpt blik adalah rm150 untk semalam...jd total saya dpt blik duit saya adalah rm210...manakala lagi rm290 telah lenyap...kebanyakan ejen menerangkan tentang penginapan yg lama kenapa tidak terangkan jika penginapan itu singkat cum 2 hari dah bill hospital adalah rm10000...

Post a Comment